Popular Posts

Sunday, March 13, 2011

Hari ketiga Outdoor recreation camp 2011

Mcm biasa pukul 5 pagi lagi dah kene bangun utk persiapan solat subuh. mata masing layu smpi diri pun boleh tido. nasib baik  masa solat subuh tak ada yg tertidur. masuk waktu pukul 6.13a.m kami pun solat subuh berjemaah. selesai solat, kawan2 lain ada taklimat dan seterusnya ada malaysia cergas. tetapi untuk kumpulan G.kinabalu iaitu kump aku dan kumpulan G.tama abu ada tugas didapur. seawal 4 pagi selepas tugasan sentri kami berakhir kami terus kedapur untuk menyediakan sarapan pagi utk semua peserta, fasi  dan pensyarah yang ada. dengan mata yang asyik terpejam celik dapat juga kitorang semua siapkan sarapan dalam pukul 7 pagi. menu pada hari itu bee hun goreng. memang ada mee yang gelap dan ada juga yang cerah. tetapi dah rezekikan nak buat mcm mana. kitorang pun bukannya chef terkenal. selesai bahagian makan. kami semua turun ke tapak berkumpul untuk aktiviti Malaysia Cergas. lebih kurang macam senaman pagi atau aerobik tapi lebih seronok. selepas itu semua peserta, fasi dan pensyarah pun makan sarapan pagi bersama2.

selepas itu fasilitator kami mengadakan satu permainan iaitu CHEERS. untuk sbgai satu simbolik utk setiap pasukan.. masing2 pun buat cheers setiap pasukan. memang sronok. ada yang kelakar. ada yang biasa2 saja.
tapi aktiviti memang seronok. membuatkan kami semua segar di pagi hari... aktiviti seterusnya, seperti hari semalam. kami melakukan aktiviti camp craft juga. sepatutnya kami ada aktiviti kayak pada hari ini. tetapi ada masalah yang x dapat dipersalahkan oleh sesiapa. jadi kami terpaksa batalkan aktiviti kayak dan habiskan camp craft kami. sehingga ke petang dan malam. aktiviti kami pada hari ketiga berada di sini adalah camp craft...

Monday, February 14, 2011

Hari kedua di Outdoor Recreation Camp

Pada hari kedua, kami masih berada di UiTM shah alam. Jam tepat pukul 5 pagi kami semua bangun untuk bersaip mengerjakan solat subuh secara berjemaah. selesai sahaja solat jemaah, kami berkumpul di dataran untuk sarapan pagi. sesudah sarapan, kami berkumpul mengikut kumpulan untuk bertolak ke destinasi perkhemahan tersebut. perjalanan kami mengambil masa 3 jam. memag semua tidur la  dalam bas. masing2 tak cukup tidur semalam tu. tiba saja kami di tasik chenderoh. kami terpaksa berjalan punya la jauh kira2 4km lebih la jugak baru sampi ke tapak perkhemahan. memang cantik keadaan di tapak perkhemahan. untung kami la sebab khemah pusat, dapur n khemah peralatan pun sudah sedia ada.tandas pun ada sedia. kalau tak memang kami suma jadi kontraktor la jawabnya.

ini gmbr tapak perkhemahan kami,

khemah pusat yang besa berdiri megah ditengah2 tapak perkhemahan. smpi2 saja kami disini, kami diberikan   kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugas2 mereka. seperti masang khemah, mengemas khemah pusat, membuat longkang di khemas pusat dan khemah peralatan. kerja aku settle kan khemah untuk 225 org pelajar tidur untuk seminggu. selesai sudah pasang, kitorang pun susun la khemah itu mengikut susunan yg telah di tetapkan. susun punya susun sekali hujan pulak. kami pun nak tak nak terpaksa teruskan sebab takut jadual kami tidak ikut seperti yang di tetapkan. hari pun dah nak malam kami terpaksa berhenti membuat kerja2 kami semua. untunglah kerja sudah siap separuh, cuma untuk khemah A-shape untuk pelajar lelaki diteruskan memasang hingga ke malam. macam biasa, kitorang siap2 utk solat maghrib, lepas tu makan. sambung solat isya pula. selepas itu sesi suai kenal dgn fasi2 n ahli kumpulan msing2 yg di panggil ICE BREAKING. dlm sesi ni la kita dapat kenal antara satu sama lain dgn begiut rapat. jadi kitorang ambil peluang ni utk kenal kawan2 antara satu sama lain......

akan smbung keesokan tajuk pada hari ke-3 berkhemah.







Thursday, February 10, 2011

Outdoor Recreation camp 2011 "EXPLORE BEYOND EXPECTATION"

Tajuk aku nak cerita hari ini tentang OUTDOOR RECREATION CAMP yang aku pergi pada 28 januari hingga 5 februari 2011 bertempat di Tasik Chenderoh, PERAK. Aku paling suka pergi kem yang banyak aktiviti mcm kayak, jungle tracking, survival, dan mcm2 aktiviti lagi. Sebelum pergi ke kem tersebut, aku dan rakan2 sekelas perlu membuat persediaan yg rapi. Supaya tidak ada yg ketinggalan dan telupa utk di bawa ke kem tersebut. Macam2 juga barang yang kami bawa, terutama, khemah, dulang, cawan, first aid, dan sebagainya.

Hari pertama bersama 28 januari 2011, kami bersiap kemas utk bertolak ke UITM Shah Alam. Kami bertolak dalam pukul 3 petang terus ke Shah Alam dan sampai lebih kurang dalam pukul 8.30 malam. Sejurus tiba di UiTM shah alam, kami turunkan barang dan terus berkumpul di dataran. Sesi perasmian pembukaan kem tersebut telah bermula. Terdapat ramai peserta, fasilitator dan juga pensyarah dari pelbagai kampus. Kampus yang terlibat dalam kem ini adalah dari UiTM Shah Alam, UiTM Jengka, Kolej Shahputra dan Institud Sains Dan Teknologi Darul Takzim. Jumlah peserta seramai 225 orang, fasilitator pula seramai 30 orang. 10 orang pensyarah juga terlibat dalam aktiviti ini bg memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. 

Pada malam tersebut kami semua berkumpul di dataran untuk di bahagikan kumpulan yang mana tediri daripada kampus UiTM shah alam, jengka, kolej shahputra dan instedt. dalam seramai 225 org peserta telah di bahagikan dalam 20 kumpulan. Ada kumpulan ahliny seramai 11 org dan ada juga yg seramai 9 org. Nama2 kumpulan diberi mengikut nama2 gunung yang ada di Malaysia. Nama kumpulan aku GUNUNG KINABALU. dalam setiap gunung pula ada kumpulan besar. Dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut nama tasik yang ada di Malaysia. kumpulan aku dapat masuk dlm tasik bera. dalam kumpulan tasik bera ada 5 kump. iaitu G.Kinabalu, G. Tamaabu, G.Belatok, G.Batu putih, dan G. korbu. sesudah bahagi kumpulan kami duduk dlm kumpulan masing2 untuk sesi suai kenal pula. ha ni part ni yang aku suka. tapi dalam kumpulan aku aku seorang saja dari kampus shahputra. memang mula segan. tapi tengok la hari2 berikutnya.
jam sudah menunjukkan pukul 12 tgh malam. kami pun bersurai untuk tidur. tetapi dalam setiap kampus di bagi kerja untuk menjadi sentri. sentri ni mcm pakguard jgk la. sesudah sentri kami pun tidur........

Inilah kisah dihari pertama kami. Sambung di hari kedua pula di lain tajuk.
bacalah dengan sempurna dan tinggalkan komen2 sewaktu dgn nye
salam satu malaysia, salam satu SR. 
majulah sukan untuk negara....

Monday, January 24, 2011

playboy???

kalau mengikut NEW OXFORD DICTIONARY yang aku ada...
maksud playboy ialah lelaki kaya yang suka berfoya2...

so thats mean...
hanya yang berkelakuan seperti itu akan di gelaran sedemikian kan?


tapi kenapa ramai di luar sana yang melabelkan lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan sebagai PLAYBOY?

kalau macam tu,
susah la bagi sesiapa yang mudah mesra dengan perempuan..


aku akui ada ramai rakan2 dari kaum hawa..
tapi aku x berfoya2 dengan mereka...
cuma aku memang suka berkawan...:)

bagi aku,
berkawan biar ramai,
bercinta biar satu:D


p/s: make a frenz as u can:D












hanya aku yang tahu...

salam....
MUHD RUSYDI BIN MUHD RADZALI  sebenarnya bukan la suka bercerita...
kalau korang nak dengar aku bercerita memang susah sangat kalau tak kena masanya...haha
aku buat blog niy pun sebab ini salah satu assignment aku
dan bukan saja2 nak cerita perihal diri...

sekarang aku study kat SHAHPUTRA:)
course sport science and recriation... 
banyak yang telah aku pelajari...
aku memang minat sukan dari dulu lagi...
bila ada je masa lapang aku suka main bola,futsal,x pun bowling dengan kawan2..
bagi aku bila kita ada masalah dengan bermain dapat lupakan sekejap segala perkara yang menggangu fikiran.. 
selain tu dapat jaga kesihatan diri:D


x lama lagi aku ada perkhemhan dekat perak,
x sabar rasanya..
semiggu aku x dapat contact dengan orang2 yang aku sayang...
tapi bila di fikirkan carry mark tuh,kena la berkorban sikit..
x lama pun...
sabar sikit jela shidie..:)


ramai yang tertanya2 kenapa aku amek course niy sbb masa sekolah dulu aku student account..
hehe...tapi bagi aku,kalau nak berjaya yang penting kita mestilah suka dengan apa yang kita lakukan..


so..
x salahkan aku amek bidang yang aku suka..
aku harap aku dapat buat yang terbaik dan dapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti..:)


^_*





Sunday, January 23, 2011

pelangi:D


salam...tiba2 pulop ada mood nk bercerita..haha...
korang sume pernah terpikir x perasaan ms tgk pelangi :) ssh la nk terangkn betapa cantiknya ciptaan ILLAHI sbb...hanya yg penah mengalaminya shj yg tau..
hidup niy mcm pelangi la,ada mcm2 warna..
setiap satu ada kisah d sebaliknya..
suka duka semuanya akan kita lalui..
tapi alangkah bgsnya kalau hdp kte d penuhi dgn warna2 ceria mcm pelangi tuh kn:)
tapi kadang2 kte x blh menharapkn hdp niyh indah semata2
sbb...kte x kn pernah belajar dari kesilapan...
cabaran yg datang harus d tempuhi...dan 
semakin hari kite akn semakin matang dalam kehidupan


erm..ape yg sy cuba nk ckp niyh adalah..
jadilah seperti pelangi itu..yg mana..
setiap mata yg memandang akan berharap tuk memilikinya...^_^
love u all:)