Popular Posts

Thursday, February 10, 2011

Outdoor Recreation camp 2011 "EXPLORE BEYOND EXPECTATION"

Tajuk aku nak cerita hari ini tentang OUTDOOR RECREATION CAMP yang aku pergi pada 28 januari hingga 5 februari 2011 bertempat di Tasik Chenderoh, PERAK. Aku paling suka pergi kem yang banyak aktiviti mcm kayak, jungle tracking, survival, dan mcm2 aktiviti lagi. Sebelum pergi ke kem tersebut, aku dan rakan2 sekelas perlu membuat persediaan yg rapi. Supaya tidak ada yg ketinggalan dan telupa utk di bawa ke kem tersebut. Macam2 juga barang yang kami bawa, terutama, khemah, dulang, cawan, first aid, dan sebagainya.

Hari pertama bersama 28 januari 2011, kami bersiap kemas utk bertolak ke UITM Shah Alam. Kami bertolak dalam pukul 3 petang terus ke Shah Alam dan sampai lebih kurang dalam pukul 8.30 malam. Sejurus tiba di UiTM shah alam, kami turunkan barang dan terus berkumpul di dataran. Sesi perasmian pembukaan kem tersebut telah bermula. Terdapat ramai peserta, fasilitator dan juga pensyarah dari pelbagai kampus. Kampus yang terlibat dalam kem ini adalah dari UiTM Shah Alam, UiTM Jengka, Kolej Shahputra dan Institud Sains Dan Teknologi Darul Takzim. Jumlah peserta seramai 225 orang, fasilitator pula seramai 30 orang. 10 orang pensyarah juga terlibat dalam aktiviti ini bg memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. 

Pada malam tersebut kami semua berkumpul di dataran untuk di bahagikan kumpulan yang mana tediri daripada kampus UiTM shah alam, jengka, kolej shahputra dan instedt. dalam seramai 225 org peserta telah di bahagikan dalam 20 kumpulan. Ada kumpulan ahliny seramai 11 org dan ada juga yg seramai 9 org. Nama2 kumpulan diberi mengikut nama2 gunung yang ada di Malaysia. Nama kumpulan aku GUNUNG KINABALU. dalam setiap gunung pula ada kumpulan besar. Dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut nama tasik yang ada di Malaysia. kumpulan aku dapat masuk dlm tasik bera. dalam kumpulan tasik bera ada 5 kump. iaitu G.Kinabalu, G. Tamaabu, G.Belatok, G.Batu putih, dan G. korbu. sesudah bahagi kumpulan kami duduk dlm kumpulan masing2 untuk sesi suai kenal pula. ha ni part ni yang aku suka. tapi dalam kumpulan aku aku seorang saja dari kampus shahputra. memang mula segan. tapi tengok la hari2 berikutnya.
jam sudah menunjukkan pukul 12 tgh malam. kami pun bersurai untuk tidur. tetapi dalam setiap kampus di bagi kerja untuk menjadi sentri. sentri ni mcm pakguard jgk la. sesudah sentri kami pun tidur........

Inilah kisah dihari pertama kami. Sambung di hari kedua pula di lain tajuk.
bacalah dengan sempurna dan tinggalkan komen2 sewaktu dgn nye
salam satu malaysia, salam satu SR. 
majulah sukan untuk negara....

No comments: