Popular Posts

Monday, February 14, 2011

Hari kedua di Outdoor Recreation Camp

Pada hari kedua, kami masih berada di UiTM shah alam. Jam tepat pukul 5 pagi kami semua bangun untuk bersaip mengerjakan solat subuh secara berjemaah. selesai sahaja solat jemaah, kami berkumpul di dataran untuk sarapan pagi. sesudah sarapan, kami berkumpul mengikut kumpulan untuk bertolak ke destinasi perkhemahan tersebut. perjalanan kami mengambil masa 3 jam. memag semua tidur la  dalam bas. masing2 tak cukup tidur semalam tu. tiba saja kami di tasik chenderoh. kami terpaksa berjalan punya la jauh kira2 4km lebih la jugak baru sampi ke tapak perkhemahan. memang cantik keadaan di tapak perkhemahan. untung kami la sebab khemah pusat, dapur n khemah peralatan pun sudah sedia ada.tandas pun ada sedia. kalau tak memang kami suma jadi kontraktor la jawabnya.

ini gmbr tapak perkhemahan kami,

khemah pusat yang besa berdiri megah ditengah2 tapak perkhemahan. smpi2 saja kami disini, kami diberikan   kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugas2 mereka. seperti masang khemah, mengemas khemah pusat, membuat longkang di khemas pusat dan khemah peralatan. kerja aku settle kan khemah untuk 225 org pelajar tidur untuk seminggu. selesai sudah pasang, kitorang pun susun la khemah itu mengikut susunan yg telah di tetapkan. susun punya susun sekali hujan pulak. kami pun nak tak nak terpaksa teruskan sebab takut jadual kami tidak ikut seperti yang di tetapkan. hari pun dah nak malam kami terpaksa berhenti membuat kerja2 kami semua. untunglah kerja sudah siap separuh, cuma untuk khemah A-shape untuk pelajar lelaki diteruskan memasang hingga ke malam. macam biasa, kitorang siap2 utk solat maghrib, lepas tu makan. sambung solat isya pula. selepas itu sesi suai kenal dgn fasi2 n ahli kumpulan msing2 yg di panggil ICE BREAKING. dlm sesi ni la kita dapat kenal antara satu sama lain dgn begiut rapat. jadi kitorang ambil peluang ni utk kenal kawan2 antara satu sama lain......

akan smbung keesokan tajuk pada hari ke-3 berkhemah.







Thursday, February 10, 2011

Outdoor Recreation camp 2011 "EXPLORE BEYOND EXPECTATION"

Tajuk aku nak cerita hari ini tentang OUTDOOR RECREATION CAMP yang aku pergi pada 28 januari hingga 5 februari 2011 bertempat di Tasik Chenderoh, PERAK. Aku paling suka pergi kem yang banyak aktiviti mcm kayak, jungle tracking, survival, dan mcm2 aktiviti lagi. Sebelum pergi ke kem tersebut, aku dan rakan2 sekelas perlu membuat persediaan yg rapi. Supaya tidak ada yg ketinggalan dan telupa utk di bawa ke kem tersebut. Macam2 juga barang yang kami bawa, terutama, khemah, dulang, cawan, first aid, dan sebagainya.

Hari pertama bersama 28 januari 2011, kami bersiap kemas utk bertolak ke UITM Shah Alam. Kami bertolak dalam pukul 3 petang terus ke Shah Alam dan sampai lebih kurang dalam pukul 8.30 malam. Sejurus tiba di UiTM shah alam, kami turunkan barang dan terus berkumpul di dataran. Sesi perasmian pembukaan kem tersebut telah bermula. Terdapat ramai peserta, fasilitator dan juga pensyarah dari pelbagai kampus. Kampus yang terlibat dalam kem ini adalah dari UiTM Shah Alam, UiTM Jengka, Kolej Shahputra dan Institud Sains Dan Teknologi Darul Takzim. Jumlah peserta seramai 225 orang, fasilitator pula seramai 30 orang. 10 orang pensyarah juga terlibat dalam aktiviti ini bg memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. 

Pada malam tersebut kami semua berkumpul di dataran untuk di bahagikan kumpulan yang mana tediri daripada kampus UiTM shah alam, jengka, kolej shahputra dan instedt. dalam seramai 225 org peserta telah di bahagikan dalam 20 kumpulan. Ada kumpulan ahliny seramai 11 org dan ada juga yg seramai 9 org. Nama2 kumpulan diberi mengikut nama2 gunung yang ada di Malaysia. Nama kumpulan aku GUNUNG KINABALU. dalam setiap gunung pula ada kumpulan besar. Dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut nama tasik yang ada di Malaysia. kumpulan aku dapat masuk dlm tasik bera. dalam kumpulan tasik bera ada 5 kump. iaitu G.Kinabalu, G. Tamaabu, G.Belatok, G.Batu putih, dan G. korbu. sesudah bahagi kumpulan kami duduk dlm kumpulan masing2 untuk sesi suai kenal pula. ha ni part ni yang aku suka. tapi dalam kumpulan aku aku seorang saja dari kampus shahputra. memang mula segan. tapi tengok la hari2 berikutnya.
jam sudah menunjukkan pukul 12 tgh malam. kami pun bersurai untuk tidur. tetapi dalam setiap kampus di bagi kerja untuk menjadi sentri. sentri ni mcm pakguard jgk la. sesudah sentri kami pun tidur........

Inilah kisah dihari pertama kami. Sambung di hari kedua pula di lain tajuk.
bacalah dengan sempurna dan tinggalkan komen2 sewaktu dgn nye
salam satu malaysia, salam satu SR. 
majulah sukan untuk negara....